Saturday, August 21, 2010

Pertandingan Blogging 20210 Entri Pertama

Karangan Bebas

saya mempunyai seorang kawan baik namanya ialah Siti Natasha. Saya kenal dia dari sekolah rendah Guangyang. Dia baik hati,suka menolong saya dalam mata pelajaran matematik saya dan dia jugaperamah dengan budak baru. Saya suka berkawan dengan nya kerana dia suka memberi saya pendapat yang baik kepada saya dan dia suka memberi saya songkongan apabila saya sendand duduki PSLE sayapada tahun yang lalu. Apabila diaada masalah dalam mata pelajaran bahasa melayu dia akan suruh saya ajarkan dia bila kami sekolah rendah. Kadang-kalah bila saya atau dia terlupa untuk bawa barang sekolah, kami akan berkongsi bersama-sama. Sekarang saya dan dia boleh berjumpa bila-bila masa kerna sekarang kami bersekolah di tempat yang samadan kamimasih berkawan rapat hingga sekarang.

Thursday, August 19, 2010

Pertandingan Blogging 2010 Entri Pertama

Pantun Hari Kebangsaan

Ali pergi kedai untuk membeli kaya
Ali bayar dengan duit emas
Hari kebangsaan hari yang mulia
Hari untuk semua bermesra

Hari kebangsaan

Pada hari kebangsaan yang lalu, saya dan seluruh keluarga saya pergi makan malam di padang Bishan.Saya rasa sungguh gembira kerana ini ialah pertama kali kami semua makan malam dengan seisi keluarga. Makanan-makanannya semua sedap-sedap belaka. Semua orang memakai baju merah putih pada hari itu.

Pertandingan Blogging 2010 Entri pertama

Pantun Hari Guru

Istana kata sebelas langkat
Tempat baharu Nakhoda Pekan
Sama kata sam sepakat
Hari guru marilah raikan

Karangan tentang guru yang tersayangan

Saya mempunyai seorang guru yang tersayang, namanya ialah cikgu Fiza. Dia sudah mengajar saya sejak sekolah rendah lagi. Saya membuat cikgu sebagai guru yang tersayang kerana dia baik hati, peramah,suka membantu anak murid bila ada masalah dengan mata pelajaran kami dan kadang-kalah dia suka membuat lawak dengan kami semua. Dia juga pernah mengajar saya mata pelajaran matematik dan dia mengajar saya berkali-kali hingga saya faham. Sampai saya lakukan yang terbaik dalam PSLE saya.Saya sungguh bertuah ada guru seperti itu.

Wednesday, August 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning , merbau,rambai,durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Cara bermain gasing

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun panda dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur , timun dan ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam , sotong , udang, limpa, dan hati (lembu).

Pemakanan Asal

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit , sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia.