budaya melayu
Sunday, October 7, 2012
BLOG PERTAMA SAYA
Hari ini Cikgu Siti menyuruh kami sekelas untuk membuat akaun gmail sendiri. Pada mulanya saya rasa terkejut apabila cikgu menyuruh kami sekelas untuk melakukan akaun sendiri. Selepas Cikgu Siti menunjuk ajar kepada kami semua, kami semua sudah pandai mengunakan akaun saya sendiri. Kami juga dapat mengunakan telefon bimbit untuk mendapatkan kod nombor daripada komputer saya. Kami juga dapat menkongsi lelaman web saya dengan semua rakan-rakan saya. Pada masa itu juga saya rasa gembira kerana dapat berkongsi lelaman web saya dengan kawan sedarjah saya.
Sunday, February 12, 2012
Lirik Cenderawasih
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan
Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang
Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan
Saturday, August 21, 2010
Pertandingan Blogging 20210 Entri Pertama
saya mempunyai seorang kawan baik namanya ialah Siti Natasha. Saya kenal dia dari sekolah rendah Guangyang. Dia baik hati,suka menolong saya dalam mata pelajaran matematik saya dan dia jugaperamah dengan budak baru. Saya suka berkawan dengan nya kerana dia suka memberi saya pendapat yang baik kepada saya dan dia suka memberi saya songkongan apabila saya sendand duduki PSLE sayapada tahun yang lalu. Apabila diaada masalah dalam mata pelajaran bahasa melayu dia akan suruh saya ajarkan dia bila kami sekolah rendah. Kadang-kalah bila saya atau dia terlupa untuk bawa barang sekolah, kami akan berkongsi bersama-sama. Sekarang saya dan dia boleh berjumpa bila-bila masa kerna sekarang kami bersekolah di tempat yang samadan kamimasih berkawan rapat hingga sekarang.
Thursday, August 19, 2010
Pertandingan Blogging 2010 Entri Pertama
Ali pergi kedai untuk membeli kaya
Ali bayar dengan duit emas
Hari kebangsaan hari yang mulia
Hari untuk semua bermesra
Hari kebangsaan
Pada hari kebangsaan yang lalu, saya dan seluruh keluarga saya pergi makan malam di padang Bishan.Saya rasa sungguh gembira kerana ini ialah pertama kali kami semua makan malam dengan seisi keluarga. Makanan-makanannya semua sedap-sedap belaka. Semua orang memakai baju merah putih pada hari itu.
Pertandingan Blogging 2010 Entri pertama
Istana kata sebelas langkat
Tempat baharu Nakhoda Pekan
Sama kata sam sepakat
Hari guru marilah raikan
Karangan tentang guru yang tersayangan
Saya mempunyai seorang guru yang tersayang, namanya ialah cikgu Fiza. Dia sudah mengajar saya sejak sekolah rendah lagi. Saya membuat cikgu sebagai guru yang tersayang kerana dia baik hati, peramah,suka membantu anak murid bila ada masalah dengan mata pelajaran kami dan kadang-kalah dia suka membuat lawak dengan kami semua. Dia juga pernah mengajar saya mata pelajaran matematik dan dia mengajar saya berkali-kali hingga saya faham. Sampai saya lakukan yang terbaik dalam PSLE saya.Saya sungguh bertuah ada guru seperti itu.
Wednesday, August 18, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning , merbau,rambai,durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.